
Untuk Muhamad Amin Sakrin :)
CINTA DAN SUKA
cinta hadir tanpa di paksa
berbunga di hati
dengan rasa suka
aku melihat cinta penuh bahagia
dengan ketulusan
di hati insan
cinta pernah buat aku suka
pada keindahan
cinta pernah buat aku kecewa
mengenal kepalsuan
aku pernah di lamun cinta
hati yang kini berdegup
bila megenang cinta
yang tiada..
bila mengenang cinta ku
pada Illahi belum sepenuhnya
terisi...
mulut yang dulu kaku
kini, tak mahu
melihat kepalsuan lagi
aku mencari sejati
imej sebenar insan
bukan pada pandangan mata
imej sebenar insan pada mata hati
yang perlu kita terokai
sedalamnya
bukalah renungan itu
pada ketulusan dan hati budinya
adakalanya, dia berpura.
tangisan yang hadir
atas beban rindu dan sayang
pada insan yang berjauhan
aku pernah menangisi cinta
ku sendiri
suka , bukan bererti cinta
cinta perlukan kesetiaan
apalah ertinya jika cinta yang di semai
penuh ketulusan
akhirnya musnah begitu saja
aku redha
dan rela menerima segalanya dengan ketabahan
Dan,...
melupakan insan yang kita suka
kerana kepalsuan cintanya
bukan bererti aku menutup
mata telingaku untuk menerima
kehadiran 'cinta' kembali
cinta perlu ada
di setiap hati kecil
kita, setiap insan
aku dalam pelayaran
mencari cinta sejati.....
ikhlas,
Orang Tersayang Fanah :)